Sabtu, 13 Agustus 2011

At-Taharah (Bersuci)


At-taharah atau bersuci artinya membersihkan diri, pakaian dan tempat dari segala
hadas dan najis. Untuk bersuci dari hadas haruslah melakukan wuduk, mandi wajib
atau tayammum. Untuk bersuci dari najis haruslah menghilangkan kotoran yang ada
di badan, pakaian dan tempat yang bersangkutan.
Perintah bersuci ini tersurat pada ayat 222 dari surat Al-Baqarah yang ertinya:
"Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang
yang mensucikan diri."

Jenis-Jenis Air
Air boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:
1. Air Mutlak
2. Air Musta'mal
3. Air Muqaiyad
4. Air Mutanajjis
5. Air Musyammas

Air Mutlak
Suci lagi menyucikan, boleh diminum dan boleh dibuat bersuci; boleh digunakan
untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh
pakaian dan lain-lain. Air mutlak ialah air bersih yang keluar dari bumi dan belum
terpakai, contohnya: air laut, air paip, air sungai, air perigi, air hujan dan
sebagainya.

Air Musta'mal
Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Air
yang asalnya air mutlak digunakan untuk berwuduk, kemudian air itu dikumpul
semula dan tidak mencukupi sukatan dua qullah (216 liter), maka air ini dikatakan
air musta'mal. Air musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis,
bersuci daripada hadas kecil dan besar, namun boleh digunakan untuk membasuh
pinggan mangkuk yang digunakan untuk perkara-perkara yang tidak najis.

Air Muqaiyad
Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Air
muqaiyad terdapat di dalamnya campuran atau pewarna. Contoh: air sirap, air kopi,
air gula, air garam.

Air Mutanajjis
Tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Mutanajjis ialah air
yang kurang daripada dua qullah dan terkena najis atau jatuh najis ke dalamnya.

Air Musyammas
Suci dan menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang
disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang
sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci
daripada hadas.

A. Jenis-Jenis Najis

Terdapat tiga jenis najis iaitu:
1. Najis mughallazah (najis berat)
2. Najis mukhaffafah (najis ringan)
3. Najis mutawassitah (najis sederhana)

Najis Mughallazah
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta
benda-benda yang terjadi daripadanya.
Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih
yang dicampur dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali)
sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Najis Mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-
kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang
lain selain susu ibu.
Cara menyucikan najis mukhaffafah:
1. Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.

Najis Mutawassitah
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari
dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali
bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang
haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis
yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang;
dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak
terlihat), seperti air kencing yang kering.
Cara menyucikan najis mutawassitah:
1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis
tersebut.
2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
nota:
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis
yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air
kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

B. Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara bersuci dari hadas kecil sebelum mengerjakan ibadah
solat atau membaca Al-Qur'an. Perintah wajib wuduk ini turun bersama dengan
perintah wajib solat. Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman, apabila
kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai
siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki."(Al-
Maidah : 6). Sabda Rasulullah saw: "Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang
yang berhadas sehingga ia berwuduk." (H.R. Abu Daud).
Syarat Wuduk ada lima:
1. Islam
2. Baligh
3. Tidak berhadas besar
4. Memakai air yang mutlak (suci dan menyucikan)
5. Tidak ada yang menghalangi kulit

Rukun Wuduk ada enam:
1. Niat dengan bacaan:
"Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah."
2. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu,
dan dari batas telinga kanan sampai batas telinga kiri.
3. Membasuh dua tangan sampai ke siku.
4. Mengusap sebahagian kepala dengan air.
5. Membasuh dua kaki sampai mata kaki (buku lali).
6. Tertib (berturutan).

Sunat Wuduk ada 12:
1. Diawali dengan membaca Bismillah dalam hati.
2. Membasuh telapak tangan sampai pergelangan.
3. Berkumur.
4. Menggosok gigi (bersiwak).
5. Membersihkan hidung dengan air.
6. Mengusap seluruh kepala dengan air.
7. Membasuh kedua cuping telinga.
8. Menyeliti jemari tangan dan jemari kaki.
9. Tidak berbicara.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan.
11. Membasuh anggota wuduk sampai tiga kali.
12. Membaca doa sesudah berwuduk:
"Saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah yang esa, tidak ada sekutu
bagiNya. Dan saya bersaksi bahwa Muhamad adalah hamba dan pesuruhNya. Wahai
Allah jadikanlah saya termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah saya
termasuk orang-orang yang suci serta jadikanlah saya termasuk golongan hamba-
hambaMu yang soleh."

Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:
1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
2. Hilangnya akal sama ada gila, pengsan ataupun mabuk.
3. Bersentuhan kulit laki-laki dengan kulit perempuan kecuali mereka itu masih
muhrim.
4. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan, sama ada milik sendiri maupun
milik orang lain, dewasa maupun anak-anak.
5. Tidur, kecuali apabila tidurnya dengan duduk dan masih dalam keadaan semula
(tidak berubah kedudukannya).
nota: penulis mendapati bahawa ada kekeliruan tentang sama ada batal wuduk
apabila tersentuh yang bukan muhrim. Menurut mazhab Syafi'i, hukum wuduk batal
secara mutlak (tanpa syarat) bila tersentuh bukan muhrim termasuk dengan
isteri/suami sendiri ("bukan muhrim" ertinya tidak haram dinikahi). Menurut Mazhab
Maliki pula, menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk lelaki jika
dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), ataupun merasai keghairahan ketika
bersentuhan. Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa menyentuh kulit perempuan
ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau
merasainya ketika bersentuhan.

C. Tayammum


Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci, kerana
ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air. Cara tayammum ialah
dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan
disertai dengan niat.

Syarat-syarat tayammum:
1. Sudah masuk waktu solat
2. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya
3. Sakit, sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah.
4. Sedang dalam perjalanan. Firman Allah SWT : "... Jika kamu sakit atau dalam
perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak
memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan
suci). Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu."(Q.S. Al-Maidah : 6)
5. Memakai tanah yang suci dan berdebu.

Rukun Tayammum ada 4:
1. Niat
2. Menyapu muka dengan tanah
3. Menyapu kedua tangan sampai siku dengan tanah
4. Tertib atau berturutan
Sunat Tayammum ada 2:
1. Mengawali dengan bacaan Bismillah dalam hati.
2. Mendahulukan anggota badan sebelah kanan.
nota:
Hal-hal yang membatalkan tayammum sama dengan yang membatalkan wuduk.


D. Mandi Wajib & Sunat


Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas
besar atau sedang junub. Firman Allah SWT.
"Apabila kamu junub, maka mandilah/bersuci." (Al-Maidah: 6)
Perkara yang mewajibkan mandi:
1. Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.
2. Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.
3. Meninggal dunia, kecuali mati syahid.
4. Habis masa haid.
5. Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak.

Rukun Mandi ada 3:
1. Niat.
2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3. Membasuh seluruh tubuh.
Sunat Mandi ialah:
* Diawali membaca bismillah dalam hati
* Menggosok seluruh tubuh dengan tangan
* Mendahulukan bahagian yang kanan dari yang kiri
* Berwuduk sebelum mandi
* Tertib atau berturut-turut.
Selain mandi wajib, ada juga mandi-mandi sunat, iaitu:
Mandi bagi orang yang akan melaksanakan solat Jumaat
Mandi pada hari raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha
Mandi bagi orang yang baru sembuh dari gila
Mandi menjelang Ihram haji dan Umrah
Mandi sehabis memandikan mayat
Mandi bagi orang kafir yang baru masuk Islam


E. Istinjak

Beristinjak maksudnya bersuci atau membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan
dubur (kemaluan belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat
sehingga bersih.
Beristinjak hukumnya wajib ke atas setiap umat Islam. Benda-benda yang dihormati
seperti makanan, tulang dan benda yang ditulis dengan nama Allah, ayat al-Quran
atau hadis adalah haram digunakan untuk beristinjak.
Alat yang boleh digunakan ialah air yang suci lagi menyucikan (lihat jenis air) dan
benda-benda keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun dan sebagainya.
Beristinjak menggunakan air ialah dengan membasuh tempat keluar najis dengan
bersih. Tempat yang terkena najis itu mesti dibersihkan sehingga hilang rasa, bau
dan warna.

Manakala syarat beristinjak menggunakan batu dan benda-benda kesat ialah seperti
berikut:
* Sekurang-kurangnya tiga kali disapu dengan tiga biji batu atau batu yang
mempunyai tiga penjuru.
* Najis yang keluar itu kering.
* Najis belum kering pada tempatnya.
* Tidak berlumuran pada tempat keluarnya.
* Tidak terkena najis lain ke atasnya.
* Najis tidak dibasahi air.

Akidah (Keyakinan)


Penulis: Ustadz Muhammad Arifin Badri


Bagian ini adalah bagian yang paling banyak diperhatikan dan ditekankan dalam syari’at Al Qur’an. Bahkan permasalahan ini telah disatukan dengan segala urusan setiap muslim dan dijadikan sebagai tujuan dari segala gerak dan langkah kehidupan mereka. Allah Ta’ala berfirman,

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (QS. Az Dzariyat: 56)

Dan pada ayat lain Allah berfirman,

“Dan sembahlah Rabb-mu sampai datang kepadamu sesuatu yang diyakini (ajal/kematian).” (QS. Al Hijr: 99)

Inilah akidah Al Qur’an, yaitu beribadah hanya kepada Allah Ta’ala dan meninggalkan segala macam bentuk peribadatan kepada selain-Nya, baik peribadatan dengan pengagungan, kecintaan, rasa takut, harapan, ketaatan, pengorbanan, atau lainnya. Allah Ta’ala berfirman,

“Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.” (QS. An Nisa’: 36)

Akidah Al Qur’an juga mengajarkan agar umat Islam menjadi kuat dan perkasa bak gunung yang menjulang tinggi ke langit, tak bergeming karena terpaan angin atau badai. Akidah Al Qur’an mengajarkan mereka untuk senantiasa yakin dan beriman bahwa segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah, tiada yang dapat menghalang-halangi rezeki yang telah Allah tentukan untuk hamba-Nya dan tiada yang dapat memberi rezeki kepada orang yang tidak Allah Ta’ala beri.

“Apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepada-Nya.” (QS. Al Baqarah: 116)

Dan pada ayat lain Allah berfirman,

“Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah.” (QS. Thoha: 6)

Dengan keyakinan dan iman semacam ini, setiap muslim tidak akan pernah menggantungkan kebutuhan atau harapannya kepada selain Allah, baik itu kepada malaikat, atau nabi atau wali atau dukun atau ajimat. Tiada yang mampu memberi atau mencegah rezeki, keuntungan, pertolongan atau lainnya selain Allah Ta’ala:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Fathir: 2)

Pada ayat lain Allah berfirman,

“Katakanlah, ‘Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (kehendak) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu.’ Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah.” (QS. Al Ahzab: 17)

Dan bukan hanya menanamkan keimanan dan tawakal yang kokoh kepada Allah semata, akan tetapi akidah Al Qur’an juga benar-benar telah meruntuhlantahkan segala keterkaitan, ketergantungan, mistik, takhayul dan segala bentuk kepercayaan kaum musyrikin kepada sesembahan selain Allah, sampai-sampai digambarkan bahwa sesembahan -atau apapun namanya- selain Allah tidak berdaya apapun bila ada seekor lalat yang merampas makanan mereka. Mereka tidak akan pernah mampu menyelamatkan makanan yang telah terlanjur dirampas oleh lalat, seekor mahluk lemah dan hina.

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (QS. Al Hajj: 73-74)

Akidah Al Qur’an juga mengajarkan bahwa sumber kelemahan dan kegagalan umat manusia ialah karena mereka jauh dari pertolongan dan bimbingan Allah, semakin mereka menjauhkan diri dari Allah dan semakin menggantungkan harapannya kepada selain-Nya maka semakin rusak dan hancurlah harapan dan kepentingannya,

“Dan bahwasannya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (QS. Al Jin: 6)

Akidah Al Qur’an juga mengajarkan kepada umatnya agar senantiasa memiliki keyakinan yang kokoh bahwa tidaklah ada di dunia ini yang mampu mengetahui hal yang gaib selain Allah. Sehingga dengan keimanan semacam ini umat islam terlindungi dari kejahatan para dukun, tukang ramal dan yang serupa.

“Katakanlah, ‘Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah’, dan mereka tidak mengetahui kapankah mereka akan dibangkitkan.” (QS. Fathir: 65)

Dengan akidah Al Qur’an ini, seseorang akan memiliki kejiwaan yang tangguh, pemberani dan bersemangat tinggi, pantang mundur dan tak kenal putus asa dalam menjalankan roda-roda kehidupan dan mengarungi samudra kenyataan. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan kepada saudara sepupunya akidah Al Qur’an di atas dengan sabdanya,

“Jagalah (syari’at) Allah, niscaya Allah akan menjagamu, jagalah (syari’at) Allah, niscaya engkau akan dapatkan (pertolongan/perlindungan) Allah senantiasa dihadapanmu. Bila engkau meminta (sesuatu) maka mintalah kepada Allah, bila engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah (yakinilah) bahwa umat manusia seandainya bersekongkol untuk memberimu suatu manfaat, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat melainkan dengan sesuatu yang telah Allah tuliskan untukmu, dan seandainya mereka bersekongkol untuk mencelakakanmu, niscaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu selain dengan suatu hal yang telah Allah tuliskan atasmu. Al Qalam (pencatat taqdir) telah diangkat, dan lembaran-lembaran telah kering.” (HR. Ahmad, dan At Tirmizi)